Azmee ditemukan terlentang di rumah neneknya



BATU PAHAT 25 Feb. - Misteri kehilangan seorang kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias yang hilang hampir dua minggu lalu terjawab apabila ditemukan di rumah neneknya di Kampung Bintang, Peserai Kecil di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang berusia 36 tahun ditemukan bapa saudaranya dalam keadan terlentang sebelum dibawa Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahkan pertemuan Azmee yang hlang sejak 12 Februari lalu.

Sebelum ini, polis menemukan kereta jenis Perodua Alza milik mangsa yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di Jalan Jenderam sebelum di bawa ke Ibu pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Selain itu, usaha pencarian mangsa turut diperluaskan sekitar 100 kilometer dari kawasan berkenaan selepas isterinya membuat aduan kehilangan Azmee.

Mangsa kali terakhir dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu dengan berpakaian pejabat, baju berwarna gelap dan berseluar kelabu, selain berkaca mata. - UTUSAN ONLINE

0 Response to "Azmee ditemukan terlentang di rumah neneknya"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==