Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang



Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang. Akibat masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru, Bob Lokman sekali lagi di kejarkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, semalam.

“21.2.2018 masuk lagi UiTM. Alhamdulillah," tulisnya yang dipetik dari status Facebook miliknya.

Ketika dihubungi, pelakon dan pelawak ini berkata, ini merupakan kali ketiga dia dimasukkan ke hospital.

Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang. "Tapi, kali ini keadaan penyakit saya ini semakin rumit.

"Saya penat sebab jantung, paru-paru dan buah pinggang saya berada dalam keadaan tidak baik. Jadi, kos rawatan juga menjadi agak tinggi," katanya.

Sebelum ini, Bob dimasukkan ke hospital yang sama pada Januari dan Februari lalu untuk masalah yang sama.

Bob Lokman terkenal dengan watak komedi ini juga merupakan seorang komposer dan penulis lagu.

Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang

Mula mencipta nama pada era 1980-an, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman merupakan penulis lagu Isabella (kumpulan Search) dan pencipta lagu Taman Rashidah utama nyanyian Wings.

Tujuh tahun lalu, Bob Lokman mengundur diri daripada sebarang aktiviti seni dan aktif sebagai ahli Pas.

Kini, Bob Lokman bagaimanapun sudah tidak mampu untuk memberikan ceramah agama kerana penyakit yang dihidapinya.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar orang ramai dapat menyalurkan sumbangan untuk digunakan membiayai perbelanjaan rawatannya.

Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang

"Saya dah tak mampu nak bekerja dan mengharapkan bantuan individu khusus sahaja.

“Kalau sesiapa ingin membantu, saya alu-alukan," katanya lagi.

Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang. Bagi yang ingin membantu meringankan beban yang ditanggung Bob Lokman ini, boleh sumbangkan terus ke akaun Public Bank isterinya, Relawati Daud iaitu 4416206406. -sinar harian

0 Response to "Bob Lokman Jatuh Sakit, Mohon Menyumbang"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==