Ibu maut hantar anak ke sekolah


 LABIS - Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah pacuan empat roda di KM4 Jalan Muar-Labis berhampiran Perumahan Awam Labis, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa Rosni Abu, 48, dalam perjalanan untuk menghantar anak bongsunya, Nurul Shuhada Osman, 11, ke Sekolah Kebangsaan (SK) Labis, di sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah sama cuba memotong  motosikal  dinaiki mangsa dan anaknya sebelum bergesel sehingga menyebabkan pacuan empat roda itu hilang kawalan.

"Kenderaan pacuan empat roda itu kemudian melanggar bahagian tepi motosikal sebelum melanggar lori yang membawa muatan ayam sejuk beku di laluan bertentangan dan semua kenderaan yang terlibat kemudian terbabas sehingga ke bahu jalan," katanya kepada SInar Harian.


  Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan maut serta merta di tempat kejadian manakala  anaknya yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Klinik Kesihatan Labis untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya manakala pemandu pacuan empat roda, pemandu serta kelindan lori yang membawa ayam sejuk beku mengalami kecederaan parah.
"Manakala kenderaan yang terlibat ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan pemandu kenderaan pacuan empat roda akan ditahan untuksiasatan," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi daripada orang awam yang melalui kawasan kemalangan.

Menurutnya, tujuh anggota dan sebuah jentera yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan pemandu dan kelindan lori yang tersepit.

0 Response to "Ibu maut hantar anak ke sekolah"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==