Perbaiki Niat Kita Hari Ini

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi kata-kata nasihat atau panduan dari group family Abah Kak Sue lagi. Kali nie tajuk Perbaiki Niat Kita Hari Ini. Semoga dengan perkongsian nie, kita semua dapat perbaiki niat kita hari ini, untuk masa hadapan yang lebih baik. InsyaAllah..


Perbaiki Niat Kita Hari Ini

"Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka..

Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita..

Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminya sekalipun!"

*Syaikh Shalih Awadh Al Mughamisi

Semoga perkongsian ringkas dari Kak Sue nie memberi manfaat dan membuka hati kita semua perbaiki niat kita hari ini, seterusnya perbaiki diri kita agar lebih baik dari sebelumnya.


Terima kasih juga untuk Pak Zul, bapa saudara Kak Sue yang tak jemu-jemu berkongsi kata nasihat dan tips untuk keluarga Abah Kak Sue. Dengan perkongsian yang baik nie, Kak Sue doakan untuk beliau dan juga hamba Allah yang berkongsi kata-kata nie pahala yang berterusan selamanya.. aamiin ya rabb..

0 Response to "Perbaiki Niat Kita Hari Ini"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==