SEHARI selepas melahirkan anak keempat, isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Nur Sheila Hassim, 33, berkongsi gambar puteri ketiga dalam keluarga mereka menerusi akaun Instagram peribadinya.
"Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Daddy ckp nama penuh saya lepas daftar baru daddy share sbb mommy belum decide lagi ejaan nama belakang saya.
"Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dari dalam perut mommy sampailah saya wujud hari ini.
"Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dpt terus mendoakan kesihatan sy tau. AM I CUTE..???" tulisnya.
Anak keempat bekas penyanyi kumpulan Kristal ini disahkan mengalami cleft lip atau sumbing dan pasangan ini mengetahui pada 32 minggu kandungan.
Positif dengan kurniaan ALLAH SWT, baik Lan mahupun Sheila menerima dengan hati terbuka dan sangat positif.
Bayi yang masih belum ditentukan nama penuh dan setakat ini hanya bernama Nur Amna ini dilahirkan pada 24 Februari, jam 4.10 pagi di sebuah hospital swasta.
Berita gembira itu dikongsikan Lan menerusi akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya lancar. SABTU, 24 FEBRUARI 2018, 4.10 PAGI, 2.5 KG .
“Syukur dan terima kasih kpd semua yg mendoakan kesihatan KY dan puteri kami.
“Doakan NUR AMNA Q______ * membesar dengan sihat ye. Amin,” tulisnya.
0 Response to " Isteri Lan Solo kongsi gambar anak"
Posting Komentar